Skip to content

Indahnya Si Pelangi

May 2, 2009

double_rainbowBaru-baru nie, time aku on the way balik ke kolej aku, dalam keadaan lemah gemalai kepenatan dengan tugasan-tugasan dan projek-projek yang agakla memberatkan kepala, aku terlihat sesuatu yang sangat-sangat la indah. Suatu fenomena yang aku tak pernah tengok pun sebelum ni. Pelangi yang double. Bukanlah aku tak pernah tengok pelangi, tapi selalunya single, ni double dan sangat jelas lingkarannya. Cun la yang amat, dan yang pastinya keadaan aku yang penat masa tu tiba-tiba ilang tatkala aku tengok bende ni. Sume nie kuasa Allah, subhanallah!! (nak ambik gambar hp pulak kehabisan battery disebabkan 2hari aku merantau wat assignment huhu)

Cun memang la cun, tapi membuatkan aku terpikircemane kejadian pelangi ni terjadi dari segi sainsnyer. Teringat gak la mase sekolah rendah, time darjah 4 tak silap, buat eksperimen pelangi. Bahan-bahan yang diguna ialah cermin, air dan cahaya. Bila ketiga-tiga items ni digabungkan, maka terhasillah satu spektrum cahaya pelangi. Cube la try, huhuhu.

Bagaimana pelangi terjadi???

Pada dasarnnya, cahaya yang kita lihat ni ada 2 kategori. Cahaya nampak dan tak nampak. Cahaya nampak (visible light) ni ialah cahaya putih yang biasa kita tengok tula. Cahaya  tak nampak (invisible light) ni adalah pembiasan daripada cahaya putih tu sendiri, iaitu cahaya yang terdiri daripada 7 warna, iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu. Kalau sekolah dulu aku hafal colours ni gune teknik Mereka Jumpa Katak Hijau Bawah Itu Ular, di mana MJKHBIU mewakili colours tu. So bermakna cahaya putih terdiri daripada 7 warna tersebut.

spiral_rainbow

Alat paling biasa yang digunakan untuk membiaskan cahaya putih ialah prisma kaca. Prisma kaca ni boleh didapati di mana-mana makmal sekolah terdekat hehe. Itu di makmal, kalau di alam semulajadi yang menyebabkan pelangi terjadi disebabkan pembiasan cahaya ini pula ialah titisan hujan dan cahaya. Sebab tula pelangi ni selalunye terjadi lepas hujan lebat berhenti, lagi-lagi pulak hujan panas, dan time hujan gerimis. Setelah hujan lebat berhenti, udara dipenuhi oleh wap-wap air. Selain itu, pelangi boleh tercipta juga daripada genangan minyak.

Ada juga pihak yang berpendapat cahaya pelangi tu boleh dibiaskan ketika cahaya melalui lapisan atmosfera di mana sinar matahari yang sampai di permukaan bumi harus melewati lapisan atmosfera terlebih dulu. Jika di atmosfera tersebut terdapat lapisan wap air, maka lapisan inilah yang berfungsi sebagai pembias cahaya.

Mengapa pelangi membentuk susunan warna???

Ini kerana disebabkan kita hanya melihat satu warna untuk satu titisan air. Cahaya matahari yang diserakkan oleh titisan air A hanya sampai ke mata kita pada panjang gelombang warna merah. Sementara itu, titisan air B memberikan panjang gelombang warna ungu. Titisan-titisan air di antaranya memberikan masing-masing satu panjang gelombang pada mata kita. Sehingga pada akhirnya kita melihat pelangi dengan warna lengkap.

1897

Susunan warna dalam pelangi

Adakah sebenarnya pelangi berbentuk lingkaran???

Pelangi sememangnya berbentuk lingkaran. Di tanah, kita hanya melihat maksima pelangi dengan setengah lingkaran. Kalau kita berdiri di atas hujan, misalnya di dalam kapal terbang, maka kita boleh melihat pelangi sebagai satu lingkaran lengkap. Ini semua disebabkan oleh geometri optik dalam proses serakan warna. Hal ni berkait rapat dengan sifat-sifat cahaya termasuklah garis lurus yang melewati mata kita dan matahari yang melewati titik pusat lingkaran pelangi (ni nak masuk next chapter nih). Disebabkan pelangi yang tercipta melibatkan jarak pemerhati dengan titisan air, maka pelangi selalu bergerak mengikut jarak pemerhati. Ini membuatkan jarak kita dengan pelangi adalah tetap dengan kata lain kita tidak boleh mendekati pelangi!

fullrainbowoverussarizona

Ada juga beberapa mitos tentang pelangi yang pernah aku dengar. Tapi sah-sah semua ni mitos belaka. Ada yang kata jangan tunjuk tangan kat pelangi, nanti jari jadi kudung. Ada pulak yang kata ada harta karun kat kaki pelangi. Apa lagi, sediakan cangkul selepas hujan la, huhuhu..

2 Comments leave one →
  1. May 3, 2009 10:38 am

    Perghhhh….. detail nyer…. bleh buat ebook nie.

  2. ezurin permalink*
    May 3, 2009 2:22 pm

    biase lar.. otak cekang.. kekeke

Leave a comment