Skip to content

Ulam Pegaga

May 3, 2009
img1391a

mari petik pegaga.

Ulam pegaga sememangnya terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai. Itu adalah fakta yang selama ini aku tahu. Dijadikan cerita, ada satu kawasan kat area kolej aku tepi tempat pejalan kaki sebelah pokok besar berhampiran sungai, memang dipenuhi subur dengan tumbuhan bernama pegaga ni. Setiap kali balik kuliah, mata aku wajib duk jeling-jeling kat kawasan-kawasan pegaga yang hidup subur tu. Aku ni memang jenis manusia yang suke dengan pokok-pokok tumbuhan ni, so semestinya aku perasan la walaupun pegaga tu nampak seakan-akan rumput biasa dari jauh, even orang lain memang tak perasan pun tumbuhan ni wujud. Tiap-tiap hari tengok geram gak la. Bukan setakat pegaga, time musim hujan, ade je cendawan-cendawan yang boleh makan tu tumbuh kat rumput seblah pokok besar tu. Lagila double-double kegeraman aku nie. Hehe salah satu sebab geram sebab hobi dan minat aku salah satunya ialah bercucuk tanam. Pelik tapi benar ada gak menyimpan seinci hasrat di hati nak jadi petani moden satu hari nanti hehe.

Satu hari aku balik kuliah petang-petang aku pegi kutip si pegaga tu. Suka dan riang sekali aku mengutipnya. Pastu my best friend, kirin kebetulan lalu, temankan aku. Untuk permulaan ni sape-sape yang lalu duk tengok-tengok aku pelik tah bende ape aku buat. Dengan tabah hati gakla aku mengexplain kat orang-orang yang agak peramah dan muke konpius tuh.

wika kutip pagaga dengan riangnya di dalam hati.

wika kutip pagaga dengan riangnya di dalam hati.

Balik bilik. Makan dengan si wika, student foreigner dari Indonesia, budak bilik depan, makan nasik lemak ngan pegaga yang dah dikutip tu. Pelik die sebab tak pernah tahu mengenai pegaga. Si wika tu bukan senang-senang gakla tekak die nak menerima semua jenis makanan. Tapi, ternyata dia suka pegaga, makan dengan berselera la kata. Maka, tiap-tiap petang beriya dia ajak mengutip hasil tanaman kami di kebun pegaga kami (tipu jer). Sampaikan die leh plak pegi kutip sensorang tanpa aku. Suka aku ada gak orang yang sama minat ngan aku pasal ni rupernyer, senangla aku nak pergunekan die (hehe tipu lagi). Tak semena-mena budak budak keliling bilik aku pun teruja tengok aku bawak balik pegaga. Palagi, diorang ajak aku pegi teman dorang petik si pegaga tula. Sampai melawan ‘tokey’, ambik kau! sebaldi besar diorang g kutip, macam nak g jual plak. Aku senyum jele. Sehinggakan tak lama lepas tu, tah sape-sape pegi kutip pegaga tu, maybe dorang pn xtau yang intro nyer adalah aku yang agak xtau malu ini, kekeke..(mungkin dorang tau bende tu wujud tapi selama ni agak malu nk ambik xtau la huhu) Namun begitu, apa yang ingin disampaikan di sini, begitulah penerimaan pegaga dan ulam-ulaman dalam masyarakat kita tanpa disedari.

img1386a1Nak tahu ape khasiat pegaga? Meh sini nak cerita sikit. Punyer tak hingat khasiat dier. Guer kasi point-point jela yerk, supaya anda senang nak merujuk. Huhu seblum itu nak cerite sikit pasal sejarah ulam pegaga ni. Pada zaman dahulu kala..tak pasti la zaman kesultanan melayu Melaka ker, tapi yang pasti zaman dahulu lar.. ada gajah kat negara India duk makan pegaga jer setiap hari, didapati gajah-gajah tersebut umurnya lebih panjang daripada gajah yang tak makan pegaga. Jadi orang yang makan pegaga asalnya bertujuan untuk memanjangkan umur (tapi kalau dah ajal, tengah makan pegaga pun leh mati hehe). Berikut ialah khasiat pegaga yang telah dibuat uji kaji oleh badan-badan tertentu mengenai herba :

  1. Mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan (kemurungan), meningkatkan tindakbalas, menambah kekuatan fizikal dan mental (pegaga pernah dipanggil makanan otak disebabkan khasiat ini).
  2. Meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak (telah diiktiraf oleh WFO).
  3. Mencegah nyanyuk.
  4. Melambatkan proses penuaan (awet muda).
  5. Membebaskan badan dari bahan toksik (mula digunakan dalam perubatan ayurveda, pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di Cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu).
  6. Sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.
  7. Mengatasi masalah kulit.
  8. Merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas (kajian terbaru menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari melalui rawatan ini).
  9. Menyegarkan badan (pada masa lampau ada gerai yang menjual jus pegaga sebagai tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan).
  10. Merawat pitam.
  11. Mengurangkan berat badan (amalan kerap memakan pegaga boleh menjadikan diri awet muda dan tubuh badan tidak gemuk.
  12. Sesuai bagi rawatan ibu lepas bersalin.
  13. Penawar alahan dan antikanser.
  14. Menghentikan pendarahan dan menyembuhkan luka.
  15. Melawaskan buang air kecil.
  16. Merawat cirit-birit.
  17. Merawat sakit keronkong.
  18. Penawar kencing berdarah.
  19. Penawar batu karang.
  20. Penawar demam panas.
  21. Penawar ulser.
  22. Boleh dijadikan sebagai minuman tonik dan menurunkan tekanan darah tinggi.

*Cara pemakanan : Sedap dimakan begitu sahaja, dibuat jus minuman atau direbus untuk diminum. Goreng pun sodap (ni masih dalam siasatan).

Untuk pengetahuan, kajian sume khasiat di atas dilakukan oleh badan-badan berbeza, aku buat research and just cantumkan semue hasil yang ada supaya memudahkan anda untuk merujuk. So camner?? Betulkan aku type tadi, khasiat die tak hingat!! So tak rase terujakah nak cuba si pegaga ni?? Hehe adios..

PICTURES GALLERY:

lokasi 1

lokasi 1

lokasi 2

lokasi 2

ini pipin dan wika. mereka ceria tiada masalah kemurungan.

ini pipin dan wika. mereka ceria tiada masalah kemurungan.

jambu susu pun kami bedal dalam perjalanan pulang. kemudian kami bagi pada jiran-jiran.

jambu susu pun kami bedal dalam perjalanan pulang. kemudian kami bagi pada jiran-jiran.

KAMI

KAMI

No comments yet

Leave a comment