Skip to content

Kamu

May 19, 2009

pKamu..

Tak pernah jauh..

Di dalam hatiku..

Kamu cintaku..

Kamu memutarkan kisah..

Kesemua ciri..

Dari atas hingga ke bawah..

Dari sekelip hingga segenap..

Dari gelap hingga terang..

Juga dari terang hingga ke gelap..

Setelah ia diputarkan..

Maka ia terjadi..

Dan juga..

Yang pertama adalah kamu..

Adalah kamu..

Satu simfoni..

Bukan memori..

3101880575_51a42fdaf2Kamu..

Teristimewa buatku..

Tapi sebaliknya buat kamu..

Itu aku tahu..

Tapi aku biarkan dulu..

Kerana aku tahu..

Kamu masih butuhkan aku..

Kamu..

Kebahagiaan kamu impianku..

Yang membahagiakan kamu ialah aku..

Juga impianku..

Kamu..

Mungkin bukan untukku..

Mungkin susah tidak mengadakan kamu..

Walau untuk seketika..

Tetapi aku tahu kamu tidak begitu..

Walau 1900 tahun kita bersama..

Mudah bagi kamu menemui penggantiku..

Jadi ia tidak merisaukan aku..

Untuk melepaskan kamu..

Sudah cukup bagiku..

Untuk membaca gerak-gerimu..

Tidak perlu meminta izin darimu..

Kerana ia tidak perlu..

Kamu..

Adalah insan biasa..

Begitu juga denganku..

Terkadang terasa lain..

Antara gerak dan kata..

ros

Kamu..

Jika kamu idamkan bulan..

Jangan kamu mengambil bintang..

Bintang itu diberi gilapan..

Kemudian pergi mendapatkan bulan..

Dan setelah bulan dijadi perhatian..

Si bintang hanya disapa dari belakang..

Jangan itu..

Melainkan kamu tidak menggilapkan si bintang..

Lalu terus mendapatkan bulan..

Kamu..

Sungguh ku tak pandai mendua tigakan kamu..

Aku tidak sehebat kamu..

Yang pandai tentang itu..

Benar kamu adalah kamu..

Dan aku adalah aku..

Kamu..

Senyum-senyumlah selalu..

Tanpa aku..

Yang boleh hidup tanpa kamu..

Apatah lagi kamu..

Benar itu..

Kerana mencintai..

Terpaksa aku pergi..

Kamu..

Inilah puisi untukmu..

Yang pertama di hatiku..

Sesungguhnya..

Aku sayang kamu..

Tetapi aku bukan untukmu..

No comments yet

Leave a comment