Skip to content

Monolog

August 9, 2009

Aku baru je lepas habis quiz DE (Differential Equation). Macam senang plak soalan walaupun aku agak blur kadang-kadang teknik kamiran dan pembezaan. Tapi takpe, yang penting aku akan terus usaha dan usaha.. Yeyeah!

Skang, macam-macam aku berpikir.. Perfectkah aku sebagai orang yang tak perfect? Kehidupan aku.. Aku amat-amat berserah dan percayakan Allah lebih daripada segala-galanya. Walau baik dan buruk yang bakal berlaku mahupun yang telah berlaku, aku redha.. Apa yang penting, selagi aku dapat berfikir dengan waras dengan otak yang dikurniakan oleh Allah ni, aku akan lakukan apa jua dengan sehabis baik..

Orang yang sentiasa dan pernah berbuat baik seikhlasnya dengan aku, insyaAllah aku akan memberikan yang lebih baik pada mereka.. Sesungguhnya aku sayangkan mereka.. Hari ni, dengan izinMu, aku mampu tersenyum kerana aku sangat bersyukur dengan apa yang Engkau limpahkan padaku Ya Allah. Aku rasa bahagia sebagai hambaMu Ya Allah.. Hidup ni, usaha + doa + bersyukur + tawakal + beribadat + menuntut ilmu + pengalaman + berbuat baik = yang istiqamah akan berterusan sehinggalah ajal tiba yang tak tahu bila datangnya..

Sesunggunya inilah perjuangan yang sebenar.. InsyaAllah..

2 Comments leave one →
  1. September 7, 2009 5:38 pm

    😛

  2. September 29, 2009 3:48 pm

    =)

Leave a comment